hmm....eh? Assalamualaikum, semua~
Ha...nampaknya bulan Ramadhan yang mulia sudah kembali sekali lagi...
Ai....cepat benar masa berlalu ya? Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulliah dan syukur kepada Allah S.W.T yang kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang sungguh mulia ini sekali lagi.
Para pembaca sekalian, pernahkah anda terfikir bahawa Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kalian semua? Secara jujurnya, saya pernah terfikir sebegitu. Ya laa.... Ajal maut di tangan Tuhan dan kita pun tidak tahu bila kita akan 'dipanggil' untuk berjumpa dengan Maha Pencipta segala-galanya.
Pada bulan yang mulia ini, sudah tentu laa para pembaca semua sudah pasang azam bulan puasa ini. Ada yang berazam untuk berpuasa penuh. Ada yang berazam untuk khatam Al-Quran. Ada yang berazam untuk menunaikan solat 5 waktu secara sempurna. Dan, macam-macam lagi laa azamnya. Apa-apa pun, kita hanya merancang dan Allah S.W. T yang menentukan segala-galanya.
Baiklah..itu saja yang saya mahu bercerita pada bulan Ramadhan ni...
~Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak~

No comments:
Post a Comment